Thursday, December 1, 2011

=

Segala yang di hasrat
tapi tak didapat
adalah nikmat
yang paling padat

Sunday, October 23, 2011

pencetus semangat


Satu minggu berulang alik berjalan kaki seperti sekumpulan warga asing pergi dan pulang dari tempat kerja. Penat lelah kederat empat tulang sudah digunakan untuk menimba ilmu yang hampir tidak dapat ditempat lain kini semuanya sudah pn berakhir dan kini hanya menunggu keputusan untuk menunggu jawapan sama ada engkau sudah berjaya ataupun gagal dalam ujian yang diberi. Jika berjaya teruskan la usaha mu itu kerana masih jauh lagi perjalan yang perlu diharungi. Jika gagal jangan pula berhenti dari kejar kejayaan yang menanti disana kerana kejayaan seseorang itu perlulah dihadapi dengan kegagalan dahulu. Tambahkan lagi ilmu dan berkongsi la engkau dengan yang lain kerana kejayaan itu perlu lah diraikan bersama-sama.

Saturday, September 24, 2011

kotak hitam

Hari demi hari pun berlalu, tapi engkau masih di takuk yang lama masih tidak berganjak seperti seorang buta yang hilang tongkat untuk panduan hidupnya. Sampai bila engkau mahu jadi begini sehingga pengorbanan yang kau lakukan ini semua hanyalah sia-sia semata-mata. Buka la mata dan terus berjalan ke depan tanpa menoleh kebelakang lagi, tinggalkan dan lupakan ia untuk seketika.

Thursday, September 15, 2011

ludah ke atas

Masih terlalu awal untuk kau menonjolkan diri dengan persekitaran yang baru. Tidak ke engkau perasan bahawa beliau tidak pernah mengendahkan kau wahai insan yang bergelar manusia, terlalu senang untuk kau jatuh ke tangan dia sedangkan beliau belum pun lagi beraksi untuk menunjukkan belangnya. Mana pergi ketabahan yang engkau selalu banggakan pada rakan-rakan yang lain? Jika ini la contoh yang kau beri, kau tidak layak lagi untuk berdiri di depan untuk memberi uucapan yang sia-sia.