Sunday, August 21, 2011

kehidupan dunia

Mengeluhku sendiri di kamar sepi
cerita gembira dan duka
silih berganti dalam meniti
sebuah titian yang dinamakan dunia.

Kehidupanku dari tangisan kecil
sentiasa dalam pelukan ibu bapa
bermula episod alam remaja
fantasi melangkaui realiti.

Pedoman mula hilang
seketika kita terlena daripada tiang-Nya
kerana insaniah yang tidak kukuh
menjana pembentukan lahiriah angkuh.

Remaja semakin lari daripada agama
mengejar kemodenan
ibu bapa semakin lalai daripada amanah
mengikut era perubahan zaman.

Dimana erti kehidupan
Jika ini semua berlaku ?





Wednesday, August 10, 2011

Di bulan yang mulia ini.

Lapar dah dahaga yang mengiktibar, cekal dan bersih suara mengajar. Lapar kita dahaga yang menguji dahaga kita lapar sahaja yang mengerti. Amalan puasa mencabar dan mengajar, kita belajar dari derita yang pedih dalam bulan yang terlalu garang ini. Puasa bulan menyimpan kebijaksanaan musim indah di taman Ramadhan, menyerlahkan kemanusian luar biasa, mengisafi keagungan Maha Kuasa. Solat malam,zikir doa,tulus sedekah ibadah ummah tangkai yang ketiga mengagumi Allah Subhanahu Wa Taala. Kerana manusianya kita,dan kerdilnya di hadapan Allah, wajar bersyukurlah kita setiap saat.

Thursday, August 4, 2011

Hampir Sempurna

Kalau kupu-kupu boleh terbang aku ingin melayang. Kalau jalan-jalan lenggang aku ingin berlari. Kalau ada pelangi aku ingin jalan diatasnya. Aku ingin segalanya dan aku ingin sempurna. Mana boleh aku kerjar kesempurnaan kalau aku hanya bayang-bayang, mana sempurnaku bernafas saja aku tak mampu, mana sempurnaku menyentuh pun aku tak rasa. Hanya insan biasa sahaja aku ne, hanya cuba mengejar, tetapi tak terkejar..