Saturday, May 28, 2011

SAHABAT

Terima kasih atasmu kerana engkau yang menemaniku untuk menemui kekasihku. Terik matahari tak kau pandang hujan turun tak kau hiraukan hingga peluhmu bercucuran juga tak kau hiraukan.

SAHABAT, engkaulah SAHABAT sejatiku bersedia menemaniku setiap saat dan kau rela tidur dipinggir jalan demi temanmu ini.  Maafkanlah temanmu ini kerana aku kau tidur dipinggir jalan tanpa alas dan tanpa selimut, namun aku tak tahu bagaimana mahu membalas jasa baik mu. Sekali lagi terima kasih SAHABATKU.

Friday, May 20, 2011

Erti Kehidupan

Suatu hari pernah kurenungi adakah seorang insan mengerti apakah erti kehidupan ini.Pernah kucari arti cinta sejati namun yang kutemui hanyalah mimpi.. Satu mimpi kosong yang tak bertepi ,apakah salah hati ini ingin memiliki sebuah cinta sejati.. Apakah arti sebuah persahabatan sejati? Apakah itu juga sebuah mimpi..? jika benar, apalah erti semua ini.. Sudah banyak hari kujalani tanpa suatu tujuan yang pasti… Semua seakan hanyalah ilusi.. Ilusi yang tiada memiliki erti, namun akhirnya satu hal kusedari hanya Tuhan yang sungguh mengerti, tentang semua arti kehidupan ini.. Kekosongan hati ini tidak lagi diisi dengan benci.. Tak ada yang lebih murni dari kesucian cinta Ilahi..

Friday, May 13, 2011

Mengemis kasih di kaki lima

Izinkan aku beradu disini, berbumbungkan langit dan berselimutkan dingin sembilu, beralaskan hamparan kotak-kotak. Aku masih mampu terlena lebih lena dari tidurmu bertemankan mimpi indah yang pernah aku alami dulu. Aku juga insan sepertimu ingin rasa bahagia, sedangkan aku pilih untuk berlari jauh dari kehidupan realiti hingga aku terdampar disini. Dikau yang bergelar insan lemparkan sedikit simpati agar perutku terisi walau hanya sekelumit sisa dari mulutmu. Aku juga punya hari sepertimu tetapi disinilah hatiku yang ku bawa lari itu, hati yang telah lama mati. Dikau yang bergelar insan hulurkan secubit kasih agar aku rasa dihormati sebagai penghuni terhormat di kaki lima ini ....

Monday, May 9, 2011

Liku-Liku Perjalanan

Ku tersasar dalam hidupku tanpa arah dan tujuan, menitis air mataku di setiap perjalanan, mengesat peluh yang tidak kesampaian. Mana dusta yang kau cercakan? Mana ilmu yang kau berikan? Mana kata-kata nasihat yang engkau sampaikan? Semuanya lebur dalam dakapan dan pelukan. Tapi itu semuanya dahulu, ketikaku tidak memahami erti kehidupan, ketikaku tidak mengerti erti perjuangan, ketikaku tidak mengenal erti persahabatan. Namun ada kalanya aku kecewa, memilih liku–liku hidup di persimpangan,
mengenal kawan yang akhirnya menjadi lawan, mengetahui kebaikan dalam kejahatan. Akhirnya aku mengerti, setiap perjalanan pasti ada ujian dan cabaran, setiap pertemuan pasti ada perpisahan, akan ku tempuhi hidup ini demi pengalaman, akan ku semat iman demiMu Tuhan, agar aku menjadi sebaik insan..

Friday, May 6, 2011

Pengorbanan seorang ibu

Masa usia setahun , ibu suapkan makanan dan memandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam. Saat usia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain. Kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil tertawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil. Ketika usia 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang.Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan.



Masuk usia 4-5 tahun, ibu belikan pensil warna dan pakaian. Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding dan bergolek atas lantai kotor. Saat usia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke Tadika.Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit," Tak mahu! Tak mahu !". Ketika usia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola, kita ucapkan terima kasih dengan memecahkan cermin rumah jiran. Setelah usia 8-9 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan ponteng sekolah. Di usia 10-11 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk dengan kita, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dan asyik bermain
dengan kawan.


Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian menutup aurat, kita ucapkan terima kasih dengan memberitahu bahawa pakaian itu ketinggalan zaman. Ketika menjangkau 18 tahun, ibu menangis
apabila tahu kita di terima masuk universiti , kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria bersama kawan-kawan. Menjelang usia 20 tahun, ibu bertanya apakah kita ada teman istimewa, kita katakan,...." itu bukan urusan ibu.


Setelah usia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan perkawinan kita, ibu menangis dan memberitahu bahawa dia sangat sayangkan kita, tanda kita ucapkan terima kasih dengan pindah jauh darinya. Ketika usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat mengenai penjagaan bayi, kita dengan megah berkata,... " itu dulu , sekarang zaman moden  ". Ketika usia meningkat 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan tentang kenduri di kampung, kita berkata, " kami sibuk...tak ada masa nak datang ". Menjelang usia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya. Kita bercerita tentang kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban bagi anak-anak. Dan kemudian suatu hari...kita mendapat berita ibu meninggal, khabar itu mengejutkan.... dalam linangan air mata, segala perbuatan terhadap ibu muncul dalam ingatan satu persatu....

melupakan !

setelah bertahun ku menunggu akhirnya kini jelas dan nyata aku tidak dapat memilikinya, sangat kecewa untuk aku mengatakan akan tetapi itulah kenyataan yang perlu aku harungi untuk meneruskan hidup, tetapi aku sangat bersyukur kerana mempunyai byk tempat untuk menghilangkan kekecewaan aku. :)

Tuesday, May 3, 2011

berfikir sejenak

Sahabat yang ku hormati lagi di sayangi kenapa dengan mudah kau berubah? Sedangkan engkau hanya baru setahun jagung janganlah bermegah dengan diriku ini, kini engkau sudah mula mengenali dunia tetapi kenapa perlu kau pilih jalan hitam untuk keseronokan sedangkan banyak lagi cara untuk kita merasai keseronokan. Kini kau sudah bersar panjang tidak perlu lagi untuk aku memberikan nasihat kerana kau tidak akan mendengar teguran dari aku yang kini hanya berstatus pelajar yang tidak tahu lagi akan berjaya atau tidak pada masa akan datang, tapi perlu la kau ingat kerana aku ini sudah banyak pengalaman dari kau kerana sudah bermacan-macam perkara yang aku tempuhi yang mungkin kau sendiri mungkin tidak akan dapat merasai pengalaman yang aku dapat ini. Kini kau sudah mula matang jadi tidak perlu la lagi untuk aku katakan yang mana baik dan buruk kerana kau sudah boleh memilih jawapan yang tepat.

trip to kedah

 
Walaupun tewas pada peringkat kumpulan aku tetap berbangga kerana pasukan kami boleh dikatakan kalah bermaruah kerana kurangnya training untuk pertandingan ini, akan tetapi aku tetap berpuas hati dengan semangat yang ditunjukkan rakan2 kolej aku. Kini misi seterusnya adalah untuk sirkit ke-2 pula iaitu di UIA harap pada perlawanan itu nanti akan mendapat kputusan yang lagi bagus dari sirkit pertama.


padang besar
sempat juga aku meluangkan masa bersama abang tercinta di padang besar untuk membeli beberapa buah tangan untuk di bawa pulang ke sentul , walaupun hanya sekejap sahaja dapat meluangkan masa bersama abang tercinta aku tetap berpuas hati kerana sudah lama tidak dapat meluangkan masa bersama-sama seperti ini.