Saturday, September 24, 2011

kotak hitam

Hari demi hari pun berlalu, tapi engkau masih di takuk yang lama masih tidak berganjak seperti seorang buta yang hilang tongkat untuk panduan hidupnya. Sampai bila engkau mahu jadi begini sehingga pengorbanan yang kau lakukan ini semua hanyalah sia-sia semata-mata. Buka la mata dan terus berjalan ke depan tanpa menoleh kebelakang lagi, tinggalkan dan lupakan ia untuk seketika.

Thursday, September 15, 2011

ludah ke atas

Masih terlalu awal untuk kau menonjolkan diri dengan persekitaran yang baru. Tidak ke engkau perasan bahawa beliau tidak pernah mengendahkan kau wahai insan yang bergelar manusia, terlalu senang untuk kau jatuh ke tangan dia sedangkan beliau belum pun lagi beraksi untuk menunjukkan belangnya. Mana pergi ketabahan yang engkau selalu banggakan pada rakan-rakan yang lain? Jika ini la contoh yang kau beri, kau tidak layak lagi untuk berdiri di depan untuk memberi uucapan yang sia-sia.

Thursday, September 8, 2011

aku terlalu malu

Aku sentiasa mendoakan dirimu
baerbahagia selalu
walau terlalu payah untuk aku menyatakan
sayang itu sentiasa mengebu di jiwa ku.

Dikaulah ayah ibu yang mengasuhku
tanpa jemu membelai jiwa nurani ku
menjadi seorang lelaki berani
digelanggang kehidupan ini.

Akulah anakmu itu
yang terlalu malu menyatakan
betapa aku terlalu menyayangimu
walau dalam kejauhan
walau dalam ketiadaan.
dua restumu adalah kekuatan buatku
mungkinkah tanpa kata-kata
dapatkah kau izinkan rasa kasi itu
kembali menjalar seperti dulu?