Saturday, July 30, 2011

Ramadhan

Bulan ramadhan yang barakah kini telah kembali, aku mengucap syukur ke hadrat Illahi kerana dapat juga ku bersua dengan Ramadhan kali ini, tersedu aku mengingat kisah lampau kembali. Pada bulan ramadhan lah aku banyak menangis sujud menangis di sejadahku, minta diampun segala dosa-dosaku yang lalu, moga-moga terampun juga dosa-dosaku pada bulan ramadhan ini. Aku menangis kerana teringat kan yang telah tiada, dengan al-fatihah kusedekahkan pada mereka, moga-moga berbahagia mereka di sisiNYA.


Pada ramadhan yang mulia ini ku menanti malam yang dinanti-nanti, iaitu malam lailatul Qadar yang penuh erti, tidak akan ku sia-siakan peluang sebegini. Bila ku sedar lailatul Qadar kunjung tiba tahu lah aku ramadhan akan pergi, kepadaMU ku menadah tangan berdoa semoga dapat ku berjumpa ramadhan kembali..